Dia...
Seorang wanita lurus
Mencintai apa adanya
Mencintai dengan seluruh perasaan, menerima dengan penuh kerelaan
Dia tidak mengharapkan wang ringgit
Dia tidak mengharapkan kemewahan
Yang dia mahu hanyalah....
Terima diri dia apa adanya
Dia tidak cantik, bahkan tidak pandai untuk kelihatan cantik
Dia tidak pernah melayani sesiapa yang mahu mendekati
Baginya, semua itu nafsu!
Dia meletakkan Tembok Besar China menemani dirinya
Kerana... jiwanya telah dimiliki
Hatinya telah diberikan kepada seseorang
Dia tidak mudah mengalah
Dia akan pertahankan cintanya
Dia akan berjuang sehabisnya
Walau bermandi air mata darah sekalipun
Kerana impian dan matlamat mereka sama 😊
Dia mahu merealisasikannya
Jangan pernah paksa dia
Untuk meninggalkan kamu
Sekalipun kau menyeksanya dengan berbagai cara
Kerana dia...akan mempertahankan cinta kamu berdua
Jangan pernah menyuruh dia untuk mencari cinta lain
Kerana.... Sekali dia mencintai kamu, selamanya akan begitu
Tidak mudah untuk dia memujuk hati meninggalkan kamu. Tidak mudah. Dan hatinya tidak akan pernah mahu. Lihat saja pengalaman lalu, dia berjaya melupakan sepenuhnya setelah 4 tahun dan setelah hadirnya kamu dalam hidupnya. Justeru itu, ku mohon, jangan pernah meminta dia untuk meninggalkan kamu ðŸ˜ðŸ˜
Dia perempuan yang mahu bersusah denganmu. Dia mahu melihat jatuh bangun kamu. Dia mahu menghulurkan tangan tika kamu jatuh & Dia mahu berpegangan tangan bersama kamu meniti kejayaan. Dia inginkan semuanya dilaksanakan berdua. Dia mahu ada kamu di setiap helaan nafasnya. Dan dia mahu ada bersama kamu dalam setiap degup jantungmu.
Dia tiada apa-apa. Dia tiada kemewahan. Yang dia ada, hanyalah janji setia untuk bersama kamu sehingga ke akhir hayat, selagi diizinkan Allah.
Dongengannya terlalu besar. Terlalu tinggi. Namun tidak mustahil untuk digapai. Dia akan berusaha ke arah itu. Dia tidak akan mengalah. Dia akan selalu berdoa untuk kebahagiaan kamu berdua.
Maafkan dia kerana mencintai kamu dengan segala perasaan. Maafkan dia kerana tidak mahu melepaskanmu 😢
No comments:
Post a Comment