![]() |
| bercinta selepas bernikah itu lebih indah :) |
Assalamualaikum...
Entry kali ni aku buat sebab dah banyak terjadi pada diri kamu semua kan? Percaya atau tidak, hampir setiap orang pernah menghadapinya. Kawan dengan seseorang, lepas dua tiga bulan dah declare. Tak pernah lagi la aku jumpa tetiba nampak awek cun je, lelaki terus mintak couple and perempuan tu setuju. Aku rasa kalau betul-betul terjadi, dua2 tak normal. haha.
Percaya cakap aku tak ke mana hubungan korang kalau kau tukar perkataan 'sahabat' kepada 'bf/gf' (untuk yang dah lama bersahabat).
Mengapa? Bagaimana? Kenapa?
Haaa macam-macam persoalan timbul kan.
Kenapa aku cakap macam tu? Sebabnya waktu berkawan, memang takde apa yang kau sembunyikan. Main guli la, main congkak la, tu belum kira lagi kau main ejek2 dengan dia even dah besar panjang. Yang lebih teruk lagi, kau spam fb, wechat, whatsapp dia. haha. Sesaje kan nak bagi dia sakit hati. Yang paling worst, kau edit gambar dia jadi buruk yang amat. Nama pun kawan kan, apa ade hal. Esok lusa baik balik.
Pendek kata, semua perangai kau dalam kocek dia. Then dalam diam kau mesti akan terasa kan dengan apa yang dia buat pada kau selama ni. Dia pun rasa benda yang sama jugak. Ye lah, tiap-tiap malam duk main whatsapp, duk komen-komen kat facebook. Setakat ni, dia lah paling rapat dengan kau. Bak kata pepatah. takde sesiapa yang lebih faham kau selain dia. Haaa
And then korang pun decide untuk one step further. Kau rasa dia lah pasangan yang paling memahami, paling caring baq hang! Kau rasa dia lah imam kau. Bagi lelaki, kau mesti fikir dia lah tulang rusuk kiri kau kan? Masa tu kau rasa kau dah buat keputusan yang paling tepat dalam hidup kau. Korang pun declare. Bercouple.
Selang 4 bulan kemudian, masing-masing ambil keputusan bawa haluan sendiri. Alasan? Tak serasi. Ingatkan bila dah lama kawan, dah lama kenal, korang akan serasi. Tapi...putus di tengah jalan. So sad.
Korang pun mula mempersoalkan takdir Ilahi.
Why?
Bila dah bercouple, kau akan jadi orang lain. Trust me. Kau hanya berlakon je. Kau tak jadi diri sendiri. Tetibe perangai kau berubah. Bukan kau sorang je, dia pun sama. Dulu bila berkawan, kau gelak macam puntianak mengilai pun ok je. Kawan kan, apa nak kisah. Sekarang? Masing-masing jadi lembut, caring bukan main. Apa waktu kawan dulu tak pernah caring ke? Pulak tu, tiap-tiap hari kena bagi report. Nak masuk toilet pun kena beritahu? What the fish?
Akhirnya kau sedar yang kau dengan dia hanya sesuai sebagai kawan sahaja.
Ok. Bagaimana nak atasi perkara ni? Kau nak sangat dia jadi pasangan hidup kau. Kau betul-betul tak mahu kehilangan dia.
Kembali pada pokok pangkalnya. ISLAM. ALLAH dah letakkan garis panduan yang betul. Kau je tak nak ikut. Bagaimana? Bila dah rasa serasi dengan pasangan, janganlah terus couple. Macam budak sekolah gayanya. Couple ni hanya bazirkan masa kau je. Buang duit pun ye (faham maksud aku kan?). Dah besar kan? Bincanglah ke arah lebih serius. Jumpa parents. Minta restu, minta persetujuan. Bina hubungan yang halal dengan dia,
Lebih senang kan? Sebab apa? Sebab kau dah kenal dia. Buat apa nak bercouple lagi. Terus bina masjid kan senang. Ada kau nampak orang yang berumahtangga ni berpura-pura? TAK ADA. Masa ni semua perangai luar dalam kau dia akan tahu. Takde istilah pelakon lelaki terbaik, pelakon wanita terbaik dah. Lebih membahagiakan. Lebih menenangkan jiwa. Apa yang kau buat, semuanya menjadi pahala. Suka kan? Jadi, tunggu apa lagi?
Ada satu perkara aku nak tekankan kat sini. Khas untuk perempuan di luar sana termasuklah diriku ini. Walaupun sekadar berkawan, jangan melampaui batas. Maksud aku, tetap jaga batas pergaulan dengan dia. Ikut syariat. Memang lah kat atas tu aku cerita tentang semua perangai kau dalam kocek dia, ketawa bak puntianak mengilai. Faham maksud aku, itu hanyalah contoh sahaja. Mahalkan dirimu sebagai seorang wanita,
p/s: entry ini hanyalah pendapat aku semata. Bukannya fakta. Bukan juga auta. Kalau kau rasa tak faham, meh pm akak kat fb. Kita boleh cite panjang lagi. Ingat! Ni bukan cite kosong, ni cerita untuk melahirkan keturunan yang baik-baik. Haaaa. Mesti ada yang tak faham jugak. Dah kenapa berkait dengan keturunan ni? Mari tambah ilmu. Boleh tanya pada ustaz, ustazah. Malu bertanya sesat jalan :)
