Pages

Sunday, 19 October 2014

Tha'labah bin Abdul Rahman - Kisah Pemuda Hebat di Zaman Rasulullah SAW

Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha’labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah  S.A.W berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta’labah.
Suatu hari Rasulullah S.A.W menyuruh Tha’labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah S.A.W hajati itu, Tha’labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha’labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.
“A’uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah…”
Rintihan Tha’labah
Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha’labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha’labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.
Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha’labah beberapa hari namun Tha’labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha’labah dan beliau terjumpa Tha’labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.
Umar berkata ”Tha’labah, Rasulullah S.A.W mahu berjumpa kamu.”
“Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah S.A.W, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka.” Kata Tha’labah dalam ketakutan yang amat sangat.
Oleh sebab Tha’labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah S.A.W menziarah Tha’labah, Tha’labah sedang terlentang lalu Rasulullah S.A.W meriba kepala Tha’labah.
Tetapi Ta’labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah S.A.W bertanya, ”kenapa wahai Tha’labah?”
“Wahai Rasulullah S.A.W, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu,” kata Tha’labah.
“Apa yang kamu mahu Tha’labah?”
“Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah”
Cita-citanya hanya Syurga
“Apa cita-cita kamu wahai Ta’labah?”
“Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku.”
Lalu Rasulullah S.A.W berkata, ”wahai Tha’labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu.”
Tidak lama selepas itu, Tha’labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah S.A.W.
Ketika mayat Tha’labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah S.A.W datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah S.A.W untuk rapat ke kubur Tha’labah. Tetapi Rasulullah S.A.W berjalan merapati kubur Tha’labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.
Sahabat-sahabat bertanya, ”wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?”
Rasulullah S.A.W menjawab, “kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha’labah ke kubur.”
Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha’labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah S.A.W, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!
Lihat diri kita. Apakah kita menyesal dan bertaubat setelah berbuat dosa yang sengaja? Apakah kita sedar, dan menyesal serta bertaubat setelah berbuat dosa yang tidak sengaja?
Tepuk dada, tanya iman. Moga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita.
sumber: http://www.iluvislam.com/inspirasi/tokoh/1287-thalabah-kisah-pemuda-bercita-syurga.html

Thursday, 11 September 2014

Quick Update

Sepanjang hampir 3 bulan bercuti, terlalu banyak perkara yang terjadi. Banyak perkara yang ingin diceritakan. Inshaa Allah, akan disegerakan. Perkongsian nanti bukanlah untuk perkongsian orang ramai sebaliknya untuk tatapan diri ini di masa hadapan. Sekurang-kurangnya kenangan itu tidak hilang dek kerana lemahnya ingatan.

Friday, 30 May 2014

Doa Untuk Aku

Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu,
nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu"
(surah al-Mu'min: ayat 60)

Pada waktu rehat, teman-teman semuanya keluar makan. Aku bersendirian, masih duduk di meja makan. Di hadapanku ada limau-limau mandarin yang berselerak. Esok Tahun Baru Cina, maka perlu ada suasana tahun baru.

       Aku bersandar ke kerusi dan menutup mata. Aku membayangkan ada tangan kasar yang memegang pundak sebelah kiriku dengan lembut. Aku berpaling ke belakang. Seorang tua yang berjanggut putih tersenyum nipis. Dahi aku berkerut. Perlahan-lahan tangan kanan lelaki tua itu lucut daripada pundakku.

       "Arahkan saya berdoa," kata lelaki tua itu.

       Aku diam.

       "Saya boleh memberikan kamu doa," kata lelaki tua itu lagi.

       Aku masih diam.

       Lelaki tua itu menjongketkan kening.

       Aku menggaru kepala. "Doa yang bagaimana?"

       Lelaki tua itu tersenyum lalu berkata, "Doa berkenaan kebaikan dan kesejahteraan kamu."

       "Mengapa perlu kamu berdoa untuk saya?" Aku bingung.

       "Kerana doa kamu kosong."

       Lalu aku mengerut dahi dan meneliti lelaki tua di hadapan aku, daripada kaki hingga rambut. Mengapa lelaki tua ini menuduh doa aku kosong?

       "Kamu ini siapa?" tanyaku lanjut.

       "Kamu tidak kenal saya? Saya adalah jiwa kamu. Saya sudah tua kerana tidak lagi diberi makan dengan doa-doa kamu yang ikhlas. Lalu kulit saya yang tegang menjadi kecut, rambut hitam menjadi putih, tubuh yang lincah kini perlahan, dan saya yang sihat kini sakit," orang tua itu berkata sambil mengangguk-angguk. 

       "Namun, saya tidak berjanggut," kataku sambil mengusap dagu.

       "Eh, maaf. Saya terlebih-lebih. Memang kamu tidak berjanggut," kata lelaki tua itu, lalu janggut putihnya hilang serta-merta.

       Aku diam. Kerut pada dahi sudah dibasahi peluh.

       "Tolong arahkan saya berdoa untuk kamu," rayu lelaki tua itu.

      Aku diam. Dahi cuba aku tegangkan kembali. Sedetik kemudian, aku berkata, "Sekiranya kamu jiwa saya, mengapa kamu tidak berdoa sahaja? Mengapa perlu saya yang mengarahkan kamu berdoa?"

       "Seperti yang saya beritahu, saya adalah jiwa kamu yang lelah, lapar, dan tua. Kamu memang ada berdoa, namun kamu berdoa tidak melalui saya. Doa kamu hanya pada lidah. Kamu hanya mengarahkan lidah kamu yang berdoa, tidak mengarahkan saya. Kamu tidak berdoa menerusi jiwa. Doa kamu sombong dan kosong. Tiada rintihan, tidak bersungguh, dan tidak ikhlas. Saya mohon kamu berdoa melalui saya. Memohon saya yang berdoa kepada Tuhan. Jadi, tolong arahkan saya, jiwa kamu ini, berdoa sesuatu berkenaan diri kamu. Sekiranya tidak, pasti saya akan mati. Jangan hanya melalui lidah. Saya sudah tidak mampu bertahan lagi," terang lelaki tua itu. Kedua-dua belah tangannya memegang pundak kanan dan kiri aku. 

       Aku diam. 

       Aku membuka mata, lalu berpaling ke belakang. Nyata lelaki tua itu sudah tiada. Sekarang masih waktu rehat dan sudah masuk waktu solat zuhur (bagi kawasan Kuala Lumpur dan sekitarnya). Pasti lelaki tua itu berharap aku mengarahkannya berdoa.

Bahruddin Bekri
-Padanya Ada Cinta-

Monday, 28 April 2014

Payung


lots of umbrella ^^

Payung?
Kenapa dengan payung?
Ada apa dengan payung?
Ok dah cukup! Aku tak boleh nak jawab!

It's very very complicated to answer the question that you don't know why.
And again, people will ask the same question. huh

Faham kan makna minat, hobi? Haaaa macam tu laa.
Tak tahu kenapa dan bila, tetiba minat dengan gambar payung.
Tak kiralah macam mana sekalipun gambar tu, asalkan ada payung.
tgk lah background kite, ada hujan lagi tuuu

And yes! 
Jika diteliti, hampir setiap gambar di atas tidak menonjolkan model gambar kan. 
Disebabkan muka nya ditutupi dengan payung.

And....and.....and....and..... it's me!!
Orang yang tidak suka menonjolkan diri.
Tak kisahlah orang nak cakap low confident ke apa ke.
I don't care!!! It's my identity.
And I love to be like that.
The most important thing, I love myself very much (^^,)





Friday, 11 April 2014

Dia

Bermulanya cerita tentang DIA...


Jiwa dia terasa kosong lagi. 
Dan lagi. Dan lagi.
Ya, dia tahu mengapa. 
Imannya sedang menurun.
Semakin terasa jauh daripada Allah.

Malam ini, dia tewas lagi.
Menangis di sebalik pancuran air.
Dia benar-benar ingin berubah.
Jalan di hadapan tampak berliku.
Dia perlukan pertolongan.
Dia tidak kuat berseorangan menempuh jalan sukar itu.

Masih lagi tak jumpa.
Diri dia yang dulu.
Hampir setahun berada di situ,
dia makin keliru,
makin tampak sukar perjalanannya.
Berada di situ atas sebab menuntut ilmu.
Juga kerana membawa diri.
Makin dia lari, makin terasa dekat.
Dia buntu.
Dia ingin melupakan namun hampa.
Jiwanya kusut.

Dia ingin bangkit.
Dia ingin menjadi pahlawan, pejuang.
Selama hidupnya di dunia ini,
tidak dapat dikenalpasti apakah sumbangannya.
Dia mengeluh.
Nasib tidak selalu menyebelahinya.

Sumbangannya hampir tiada.
Dia membandingkan dirinya dengan Ahmad Ahmar.
Seorang pejuang, syahid yang 
kematiannya amat menghidupkan hati-hati
yang selama ini tertutup.
Membuka jalan-jalan dakwah 
buat pemuda pemudi Islam.
Allah.
Terasa kerdilnya diri dia di hadapan
Pencipta. Dia malu.

Ya, dia perlu positif!
Moga hari-hari mendatang
akan ada jalan perjuangan untuk diri dia.
Allahumma Aamiin.
:)

Wednesday, 12 March 2014

Misteri Kehilangan MH370


Pada tanggal 8 Mac 2014, Malaysia digemparkan dengan berita kehilangan sebuah pesawat Malaysia Airlines MH370 Boeing 777-200 pada awal pagi Sabtu. Pesawat itu dipercayai secara tiba-tiba terputus hubungan dengan menara kawalan udara.

Bilangan penumpang: 
Jumlah: 229 orang
Anak kapal: 12 orang
Penumpang: 227 orang

Pada ketika ini, seluruh dunia khususnya rakyat Malaysia tidak putus-putus mengadakan solat hajat serta mendoakan keselamatan penumpang MH370 agar mereka selamat kembali. 
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Begitulah dapat saya simpulkan tentang perasaan ahli keluarga penumpang yang terlibat dalam kehilangan pesawat ini. Kesedihan itu juga turut dikongsi seluruh rakyat Malaysia di mana dapat kita lihat di media sosial dan kaca televisyen. Suasana hiba dan sedih seringkali menyelubungi diri ini tatkala dipertontonkan suasana di sekitar Hotel Everly di mana hotel yang menempatkan ahli keluarga penumpang.


*saling memberi semangat, saling menguatkan*

Berikut di sertakan kronologi hari pertama kehilangan pesawat malang itu:

SABTU, 8 MAC 2014
      *12.41 PAGI
               > MH370 berlepas dari KLIA
               > Pesawat B777-200
               > Pesawat berkongsi kod China Southern Airlines

     *01.30 PAGI

            > MH370 terputus hubungan radar 
             #Lokasi terakhir - 120 batu nautika timur Kota Bharu sekitar Laut China Selatan

     *07.24 PAGI

              > MAS keluar kenyataan pertama kehilangan pesawat

     *11.00 PAGI

              > Sidang media pertama Penerbangan Malaysia di KLIA

     *02.40 PETANG

         > Sidang media Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein

     *06.28 PETANG

         > Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjumpa dengan anggota keluarga penumpang di KLIA

     *7.05 MALAM

            > Najib umum pesawat MH370 belum ditemui
        > Operasi diperluaskan membabitkan kerjasama Vietnam, China, Singapura dan Amerika Syarikat

     *10.00 MALAM

        > Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata tompokan minyak yang ditemui di perairan Vietnam belum disahkan

Sehingga ke saat ini, pada tarikh 13 MAC 2014 (hari ke-6) pesawat MH370 masih lagi belum ditemui. Berbagai spekulasi dan kemungkinan telah diwujudkan baik daripada orang awam mahupun pakar dalam bidang berkaitan penerbangan itu sendiri. Masing-masing masih lagi buntu memikirkan apa yang terjadi terhadap pesawat yang dianggap sebagai antara yang terselamat dan tercanggih di dunia itu.

Kita (rakyat Malaysia) masih lagi menanti dengan penuh pengharapan agar pesawat MH370 selamat kembali bersama penumpang dan anak kapalnya. Dengan ini, saya ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia agar tidak berputus asa dalam berdoa kerana doa itu adalah senjata orang mukmin. Inshaa Allah, Allah akan memakbulkan permintaan kita. Sesungguhnya, DIA tidak menzalimi hambaNya. 


"Allah SWT memberikan kita segala cara dan kunci untuk menemui apa saja. Jadi kita mesti menggunakan kebolehan, pengetahuan, kepakaran orang-orang tertentu untuk mencari pesawat ini." - Kapten Norudin Abd Majid

Dalam satu minit, siapakah orang-orang tertentu itu? Apa yang boleh dilakukan? - Wartawan


"Doa daripada orang-orang soleh yang dekat dengan Allah SWT dan juga keluarga mereka sebab mereka sedang beremosi dan Allah SWT lihat ketika itu." - Kapten Norudin Abd Majid