Pages

Thursday, 15 December 2016

PEREMPUAN

Karakter orang perempuan yang perlu anda fahami.

1. Suka bercakap. 
Perempuan boleh menghabiskan masa berhari-hari berborak dengan kawan-kawan mereka (dalam konteks ni, kawan lama). Mereka akan mula update every single thing yang terjadi dalam hidup. Tentang assignment pun akan diceritanya, jangan terperanjat. Yang paling best sekali, even satu bilik pun, 24/7 bersama, setiap hari mereka akan bercerita dan berborak :D

2. Beremosi. 
Sangat. Bila sakit menangis. Baca novel menangis, tengok drama menangis, bergaduh menangis, salah orang lain dia menangis, salah sendiri lagi lah teruk menangis nya. Agak-agak kalau kena marah macam mana? Tak keluar bilik berhari-hari kot *okay hiperbola sangat*. Dalam keadaan gembira dan terharu pun perempuan boleh menangis. Cemburu pun boleh menangis. Apatah lagi dalam keadaan sedih. Jadi, untuk suami yang dapat isteri kuat sensitif, mohon bertabah dan jangan sesekali tinggalkan dia dalam kesedihan berseorangan kerana perempuan akan larut dalam emosi berpanjangan apabila bersendirian. Ceriakan hidup dia dan buat lah lawak sikit. Hoho

3. Tidak mudah lupa. 
Aku pernah dengar orang kata, perkara 20 tahun lepas pun masih diingatnya. Betul. Ada juga memori 20 tahun lepas yang masih aku ingati. Kerana itu, jangan pernah mengambil mudah akan hal yang satu ini. Lebih-lebih lagi terhadap orang yang disayangi, dia akan sedaya upaya mengingati setiap hal/memori/perkara penting mereka. Mungkin bagi lelaki, perkara itu remeh namun tidak bagi perempuan. Dan salah satu caranya untuk mengukuhkan ingatan ialah membaca conversation/msg/melihat memory lepas di facebook. Bila selalu baca, selalu la ingat dak? 

Okay lah, 3 point je dulu. Dah takde idea pepagi ni. Huhu. 
Cumanya, nak pesan sikit ni.
*ehem ehem*

Pesanan untuk perempuan: Sebolehnya letakkan akal fikiran melebihi emosi. Ya, sangat susah but at least kita try kan? Ambil sedikit masa muhasabah diri. Nangis teruk pun nangislah. Huhu. 

Pesanan untuk lelaki: Macam yang mentioned kat atas tadi, jangan biarkan perempuan keseorangan kerana dia akan larut dalam emosi. Beri mereka tempoh bertenang sekejap bukannya berhari-hari ye. Tidak perlu menipu, berterus terang jika tidak suka. 

Apa hikmahnya Allah jadikan kejadian lelaki dan perempuan berbeza? 
Jawapannya, untuk saling melengkapi lah :) Dengan syarat, harus memahami peranan dan tanggungjawab antara satu sama lain. Tiada manusia yang sempurna. Sentiasa belajar, belajar dan belajar agar kita menjadi semakin baik dari hari ke hari. 
Inshaa Allah.

p/s: tetibe ada mood untuk menaip pulak pagi ni. hanya sekadar peringatan bersama.