Pages

Thursday, 15 December 2016

PEREMPUAN

Karakter orang perempuan yang perlu anda fahami.

1. Suka bercakap. 
Perempuan boleh menghabiskan masa berhari-hari berborak dengan kawan-kawan mereka (dalam konteks ni, kawan lama). Mereka akan mula update every single thing yang terjadi dalam hidup. Tentang assignment pun akan diceritanya, jangan terperanjat. Yang paling best sekali, even satu bilik pun, 24/7 bersama, setiap hari mereka akan bercerita dan berborak :D

2. Beremosi. 
Sangat. Bila sakit menangis. Baca novel menangis, tengok drama menangis, bergaduh menangis, salah orang lain dia menangis, salah sendiri lagi lah teruk menangis nya. Agak-agak kalau kena marah macam mana? Tak keluar bilik berhari-hari kot *okay hiperbola sangat*. Dalam keadaan gembira dan terharu pun perempuan boleh menangis. Cemburu pun boleh menangis. Apatah lagi dalam keadaan sedih. Jadi, untuk suami yang dapat isteri kuat sensitif, mohon bertabah dan jangan sesekali tinggalkan dia dalam kesedihan berseorangan kerana perempuan akan larut dalam emosi berpanjangan apabila bersendirian. Ceriakan hidup dia dan buat lah lawak sikit. Hoho

3. Tidak mudah lupa. 
Aku pernah dengar orang kata, perkara 20 tahun lepas pun masih diingatnya. Betul. Ada juga memori 20 tahun lepas yang masih aku ingati. Kerana itu, jangan pernah mengambil mudah akan hal yang satu ini. Lebih-lebih lagi terhadap orang yang disayangi, dia akan sedaya upaya mengingati setiap hal/memori/perkara penting mereka. Mungkin bagi lelaki, perkara itu remeh namun tidak bagi perempuan. Dan salah satu caranya untuk mengukuhkan ingatan ialah membaca conversation/msg/melihat memory lepas di facebook. Bila selalu baca, selalu la ingat dak? 

Okay lah, 3 point je dulu. Dah takde idea pepagi ni. Huhu. 
Cumanya, nak pesan sikit ni.
*ehem ehem*

Pesanan untuk perempuan: Sebolehnya letakkan akal fikiran melebihi emosi. Ya, sangat susah but at least kita try kan? Ambil sedikit masa muhasabah diri. Nangis teruk pun nangislah. Huhu. 

Pesanan untuk lelaki: Macam yang mentioned kat atas tadi, jangan biarkan perempuan keseorangan kerana dia akan larut dalam emosi. Beri mereka tempoh bertenang sekejap bukannya berhari-hari ye. Tidak perlu menipu, berterus terang jika tidak suka. 

Apa hikmahnya Allah jadikan kejadian lelaki dan perempuan berbeza? 
Jawapannya, untuk saling melengkapi lah :) Dengan syarat, harus memahami peranan dan tanggungjawab antara satu sama lain. Tiada manusia yang sempurna. Sentiasa belajar, belajar dan belajar agar kita menjadi semakin baik dari hari ke hari. 
Inshaa Allah.

p/s: tetibe ada mood untuk menaip pulak pagi ni. hanya sekadar peringatan bersama.

Friday, 8 April 2016

Ujian

Pilihlah untuk sabar dan redha,
Walaupun kita ada alasan untuk kecewa.

Macam2 perkataan lagi kita boleh gantikan dengan kecewa, you name it.
-  Menangis
- Berduka
- Salahkan takdir Ilahi
- Meratapi

Kenapa pilih untuk sabar dan redha?
Sebab kita tahu, Allah akan menggantikan yang lebih baik.

Cakap senang, bukan?
Orang yang merasai je tahu bagaimana perasaan dalam hati. Tak mudah. Sukar. Sangat susah. Menangis tu perkara biasa bila tak tahu nak mengadu pada siapa.

Dan aku hanya ada satu pilihan saja, Allah. Sejak dulu sampai sekarang, hanya Allah je tempat aku mengadu bila melibatkan masalah keluarga. Aku tak suka bercerita pada orang.

Perasaan tu lebih dirasa bila berjauhan dengan famili. Rasa sedih lebih ketara. Lagi bertambah sedih sebab aku tak mampu berbuat apa-apa. Sebagai anak sulung, aku rasa bertanggungjawab untuk lakukan sesuatu. Tapi...

Aku cuma mampu berdoa pada Allah, supaya memberikan kekuatan kepada ibu ayah untuk menghadapi ujian ini. Aku bukannya orang yang pandai membincangkan isu sensitif dengan famili, aku takut aku tak kuat, Allah saja yang menjadi perantaraan kami. Dan aku percaya, DIA akan menggantikan sesuatu yang lebih baik selepas DIA mengambilnya.

Moga dengan apa yang terjadi, menjadikan kita manusia lebih kuat, bertambah iman dan amal. Aamiin.

Dan aku sangat-sangat berharap, aku dapat menyumbang sesuatu. Inshaa Allah.

Monday, 29 February 2016

Doa Mudah Tidur



Diriwayatkan oleh At-Tabraniy dan Ibn al-Sunni, dari Hajjaj bin Imran As-Sadusiy, dari Amru bin Al-Husain, dari Muhammad bin Abdillah dari Thaur bin Yazid dari Khalid bin Ma’dan dari Abdul Malik bin Marwan bahawa bapanya pernah mengatakan bahawa Zaid bin Thabit pernah mengadu kepada Nabi saw tentang penyakit tidak boleh tidur malam yang menimpanya, lalu baginda saw mengajarnya doa di atas.
Menurut hadith riwayat Ibnus Sunni, Zaid bin Thabit r.a yang mengalami masalah sukar untuk tidur (insomnia) akhirnya dapat tidur dengan nyenyaknya berkat beramal dengan doa yang diajar oleh Nabi saw ini. 
Sumber: akuislam.com
Akhirnya jumpa juga doa ni. Masa dip dulu pernah amalkan, alhamdulillah sangat berkesan. Ni baru terfikir nak cari balik doa tu. Punya la lama kena insomnia ni, baru terfikir nak cari -.-
Tak tau la kenapa susah sangat nak lelapkan mata tiap malam. Bila waktu siang, boleh pulak tido. Banyak sangat fikir ni. Kekadang tu, tak fikir apa pun tapi memang tak boleh nak tidur. Terseksa jiwa ragaku :'(
Moga dipermudahkan segala urusan. Really2 need to rest since sekarang ni tak banyak lagi assignment kena buat. Otak ni penat sangat dah.