Pages

Monday, 29 February 2016

Doa Mudah Tidur



Diriwayatkan oleh At-Tabraniy dan Ibn al-Sunni, dari Hajjaj bin Imran As-Sadusiy, dari Amru bin Al-Husain, dari Muhammad bin Abdillah dari Thaur bin Yazid dari Khalid bin Ma’dan dari Abdul Malik bin Marwan bahawa bapanya pernah mengatakan bahawa Zaid bin Thabit pernah mengadu kepada Nabi saw tentang penyakit tidak boleh tidur malam yang menimpanya, lalu baginda saw mengajarnya doa di atas.
Menurut hadith riwayat Ibnus Sunni, Zaid bin Thabit r.a yang mengalami masalah sukar untuk tidur (insomnia) akhirnya dapat tidur dengan nyenyaknya berkat beramal dengan doa yang diajar oleh Nabi saw ini. 
Sumber: akuislam.com
Akhirnya jumpa juga doa ni. Masa dip dulu pernah amalkan, alhamdulillah sangat berkesan. Ni baru terfikir nak cari balik doa tu. Punya la lama kena insomnia ni, baru terfikir nak cari -.-
Tak tau la kenapa susah sangat nak lelapkan mata tiap malam. Bila waktu siang, boleh pulak tido. Banyak sangat fikir ni. Kekadang tu, tak fikir apa pun tapi memang tak boleh nak tidur. Terseksa jiwa ragaku :'(
Moga dipermudahkan segala urusan. Really2 need to rest since sekarang ni tak banyak lagi assignment kena buat. Otak ni penat sangat dah.

No comments:

Post a Comment