Tadi scroll balik post-post lama kat facebook. Ah, betapa aku rindukan kehidupan dahulu. Sentiasa dikelilingi orang-orang yang menyayangi diriku. Sentiasa mengambil berat terhadap diri ini. Aku dulunya mempunyai ramai kawan susah senang bersama. Persahabatan kami ibarat adik-beradik. Cubit paha kiri, paha kanan pun terasa sakitnya. Namun, masa terus berlalu. Sedikit demi sedikit semuanya meninggalkanku. Membawa haluan hidup masing-masing. Sepatutnya di usia begini aku makin ramai kawan, ramai sahabat. Namun entah kenapa nikmat persahabatan itu semakin hilang.
Mungkin itu cabaran yang perlu aku hadapi. Kawan-kawan lain semakin busy, semakin menghilangkan diri. Ya, malah aku juga mengasingkan diri daripada mereka dek tekanan yang dialami (mungkin). Aku akui kehidupan di universiti serba mencabar. Kau tak boleh bergantung sama sekali kepada orang lain. Semuanya atas usaha sendiri. Aku juga tidak ramai kawan di sini kerana kebanyakannya muda 2 tahun daripadaku. Nampak seperti ada jurang antara kami walaupun rapat. Aku bertindak sebagai kakak kepada mereka. Banyak perkara dan nasihat dirujuk kepadaku. Berbanding dahulu, aku dilayan seperti adik bongsu oleh kawan-kawanku. Mereka melayani karenah aku sepenuhnya. Perangai aku yang ala-ala mengada dan gedik itu tak pernah mereka merungut. Adakalanya aku pelik dengan perangaiku sendiri. Namun mereka turutkan saja dengan gembiranya.
Namun jangan salah faham, bukan setiap masa perangaiku begitu. Adakalanya aku juga serius sehingga semua orang takut nak tegur. Hahaha. Walhal aku ok je, namun mereka takut melihat mukaku yang serius. Aku dulunya seorang yang happy go lucky. Disebabkan suatu peristiwa dan bermacam masalah timbul, maka jadilah aku seperti hari ini. Masih banyak bercakap juga dengan orang yang rapat. Namun aku tau ini bukannya diri aku yang dulu.
Berat untuk mengatakan, namun inilah hakikat yang terpaksa ditelan. Aku kehilangan sesuatu! Ya, kegembiraan. Aku tahu aku tidak boleh terlalu bergantung kepada manusia sepenuhnya. Kerana DIA lah yang berupaya membolak-balikkan hati ini. Dalam terpaksa, aku relakan jua.
Aku cuba mencari kembali namun gagal. Ditambah pula dengan tanggungjawab yang semakin memberat. Banyak tekanan yang dihadapi. Aku lebih suka menyendiri, memikirkan segala masalah yang dihadapi. Akibatnya aku mengasingkan diri daripada orang lain. Aku mohon agar Allah terus memberiku kekuatan untuk menghadapi ujian dariNya. Aamiin.
No comments:
Post a Comment